Sunday, September 4, 2016

Trip to Top tree walk sg sedim & langkawi 2016


Review from instagram and tv macam best je jambatan gantung di Sugai Sedim.


31st august 2016, kami decide untuk merasai dan menimati keindahannya sendiri.

Perjalanan dari Plaza Toll Bandar Baharu to The tree Top Walk Sungai Sedim take more than 1 hours its about more less 90km.

Oleh kerana kami menaiki viva , so perjalanan yg kami tempuhi agak mencabar.. viva dengan kuasa 1000cc .

Untuk menjimatkan kos tetapi hakikatnya terpaksa menghabiskan masa yang agak lama dalam perjalanan . Bak kata pepatah :

"its all about journey not the destination"









Mula-mula masa sampai agak teruja, tapi bila aku amati dengan jelas ... tak berbaloi dari jauh kami datang semata-mata nak naik jambatan besi yang tergantung.. haha

Ok sila lihat gambar di sebelah betapa kukuhnya jambatan tersebut..


                           
                                                             sebenarnya ada kejadian yang membuatkan kami hilang mood teruja;
Budak-budak kampung ataupun "mat rempit" membuat bising dengan berlawan2 bunyi deruman motor yang sangat2 kuat. hampir 50 buah motor dengan kumpulan masing2 seolah-olah berlawan bunyi sesama mereka. 

Sejujurnya aku amat benci hal2 sedemikian, lebih kurang hampir sejam setelah berjalan2 di kawasan tree top walk kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Alor Setar.

Alor Setar  


AST Hotel
  • cantik
  • bersih
  • bangunan baru so possibility untuk rasa "haunted" kurang
  • parking 
  • wifi



Dek kerana keletihan yang melalampau after check in solat zuhur tdoq sampai Asar.

Kami sempat keluar jalan -jalan area Alor Setar untuk makan and survey Parking area Jetty Kuala Kedah





Untuk rasa selamat better Park kereta Area Jetty under MP Kuala Kedah, bayaran pun cume RM15.

Jangan di layan lelaki-lelaki yang muka xsiap, hon2 kereta anda apabila kereta anda sedang menghampiri Jetty.


Perjalanan menaiki ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 1jam 40 minit.. Mabuk!! lepas ni kami nekad xmau naik ferry lagi..hihi laut bergelora dah macam ferry nk karam, Kan bagus kalau pengsan.


Langkawi



Skybridge
Datang langkawi semata-mata nk pergi Skybridge???

Ini kali ke 5 pergi Langkawi, baru kami dapat menikmati keindahan ketika berada di Sybridge.. Best! & berbaloi!!





Sunday, July 10, 2016

TTC- trying to conceive / Kesuburan / endometriosis part 1

Ini perkongsian yang bermanfaat kepada semua pasangan suami isteri yang berkahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata dan wanita yang mengalami senggugut (period pain);

Kami diijab kabulkan pada 19 Nov 2011



selepas sebulan: dua bulan: tiga bulan:usia perkahwinan, aku sudah mula mendapatkan nasihat dari doktor di klinik swasta. Disebabkan aku menghadapi Period Pain tegar setiap bulan, maka isu berkaitan anak amat membimbangkan. Satu pesanan doktor untuk aku dan semua pasangan suami isteri yang lain:

'jika usia perkahwinan anda sudah menjangkau 6 bulan or setahun dan usia anda dan pasangan sudah melebihi 28thn above, tetapi masih belum berhasil or gagal mendapatkan cahaya, Saya menasihati anda-anda sekalian pergilah buat ujian kesuburan suami dan juga isteri" 

Bayangkan setiap bulan aku beli pregnancy test dan setiap kali itu aku hampa.dan .hampa..
hampir setahun jugalah kami tebalkan muka pergi Guardian or Watson untuk mendapatkan Pregnancy test dari harga Paling Mahal hingga paling murah RM5.oo .Sedih?? ke??? itu cerita lama.


Enam bulan sebelum bernikah , aku sudah mula merasakan kenaikan berat badan 8kg secara mendadak, baju nikah and baju kahwin and gambar-gambar perkahwinan menunjukkan yang aku gemuk especially perut yang membuncit. setelah hampir setahun berkahwin : aku mengalami beberapa simpton yang membuatkan aku keliru:


Then early 2012, Di klinik adham di Pulai Perdana doktor melakukan scan dan dia mendapati bahawa rahim aku 'bengkak", Dr menasihati aku untuk melakukan rawatan susulan di General Hospital..

Maka bermulalah perjalanan aku sebagai pelanggan setia Hospital Sultan Ismail dari 2012 sehingga kini 2016. Masa mula-mula pergi klinik pesakit luar pegawai kesihatan suspect aku mengalami air kencing kotor, bila aku tunjukkan gambar scan dr previous Dr. Dia kata xtau sbb itu diluar bidang kuasa dia.. what??? ok sabar..sabar ..

next temujanji aku minta doktor buat ujian kesuburan, reason sebab aku dh setahun berkahwin tapi masih belum ada anak.. 

result ujian kesuburan menunjukkan hormon estrogen aku berlebihan so, pegawai kesihatan refer kes aku ke Gynae.. yes!! akhirnya dapat jumpa gynae.. setelah 2,3 bulan ulang alik ke klinik pesakit luar.

bersambung......











Aidilfitri 2016


Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidilfitri kali ini meriah bersama-sama sanak saudara.

Tema warna sedondon untuk tahun ini color red + pink , pilihan encik suami..
menu pagi raya:
1) ketupat pulut
2) rendang ayam
3) Laksa johor

Aktiviti beraya : rumah makndak sebelah rumah, rumah pakteh, rumah pakndak and lastly rumah MIL and tidak lupa kubur ayah and emak.

sebagai pengajaran , tukang jahit perlu menjahit 4, 5 pasang baju sendiri 4 bulan sebelum raya.. kalau x jadilah mcm kami ,sempat jahit sepasang baju kurung and baju kurta husband sahaja..

itu belum kira leher baju kurta yang terbesar and then kena potong and mulakan jahitan dari mula.

memang betul-betul menguji kesabaran aku, di tambahkan lagi pelanggan yang last minute datang minta buat alteration pada baju mereka sehari sebelum raya???OMG..

ini adalah pengalaman pertama sebagai tukang jahit sepenuh masa untuk Aidilfitri 2016, xmenang tangan di buatnya.



Tuesday, June 28, 2016

umrah 28 april 2016

puncak gua hiraq

kaabah

masjid quba

madinah masjid nabawi

klia2

hotel al ansar madinah




Jabbal Rahmah

al- zahabi travel


bertuahnya kami, 10 hari sebelum berangkat ke umrah ibu and bapa mertua menyampaikan berita untuk menggantikan mereka menunaikan umrah.

Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

bermula lah aktiviti menGoogle segala bentuk persediaan dari segi barangan dan juga ilmu
sekali lagi 
  Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

semuanya berjalan dengan lancar termasuk document untuk serahan

Arwah mak and ayah dah pernah buat haji, lagipun masa zaman sekolah pun dah belajar ilmu haji dan umrah kan, rancangan tv pun banyak berkisarkan tentang haji.

Madinah

masa mula2 sampai Madinah perasaannya tidak dapat diungkap ,kami sampai awal pagi dalam pukul 3am waktu madinah. biliknya luas dan bersih Hotel al Ansar . Kami menginap lebih kurang 3 hari
sepatutnya hari sampai madinah adalah waktu "period", ubat untuk menahan "period" dah makan semalam tp kenapa ada spotting? Ya Allah aku menangis tanpa henti sambil berdoa pada Allah, sebab pagi dalam pukul 9 kami akan memasuki Raudhah.
Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

waktu subuh dah xde spotting and aku yakin, yang aku bersih dari darah. Di sana doa lah apa sahaja pasti Allah akan memakbulkanny. Amin.

Sepanjang kami di Madinah banyak masa dihabiskan untuk solat di Masjid Nabawi setiap 5 waktu, perjalanan dari Hotel ke Masjid mengambil masa 10 minit sahaja.. pintu yang aku suka masuk adalah pintu 25 walaupun jauh tapi itu je pintu yang aku tau..hihi (maklumlah seorang diri)

selepas waktu subuh masa yang ada untuk ke zohor sangat panjang jadi aktiviti berjalan2 di sekitar hotel sangat mengujakan, banyak kedai yang menjual jubah dan aksesori tapi yang menjadi keutamaan kami adalah MAKANAN.. memang teramat la sedap.


MEKAH

di Mekah hotel yang kami menginap amatlah jauh dari Masjidil Haram, kalau jalan pecut /laju take 15minit
kami tak dapat tahan dengan jalan yang berbukit tu, kalau naik cab seorang 5riyal. Tetapi alhamdullilah kami sentiasa menunaikan solat subuh di masjidilharam, waktu solat yang lain bergantung kepada keadaan dan kesihatan.

moments yang paling indah tidak dapat dilupakan oleh semua orang yang ke tanah suci adalah "khusyuk"
di Tanah Haram hanya kita dan Allah, kita hanya akan tawakal pada Allah.. beribadat melakukan Tawaf, Saie, Tahalul.. subhanallah tidak terasa penatnya walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak.


Syukur kerana aku di pilih untuk menjadi Tetamu Allah, insyaAllah kalau ada umur panjang and murah rezeki kami akan ke sana lagi

Ruby Dan Fesyen Berpisah Tiada



Aku berpegang pada satu prinsip 
"hidup ini sekali je , mestilah kita ingin membuat satu pekerjaan yang kita suka. Bosan lah mengadap benda yang sama"

siapa sangka ruby boleh menjahit baju sendiri pada ketika usia 31 tahun?
kita ini kena berani mencuba, rajin, komited ,usaha yang tidak pernah jemu..insyaallah hasilnya alhamdulillah .

pengorbanan dari segi wang ringgit (habis duit simpanan) masa, cemuhan dan sindiran( ada dip and deg tapi nak buat sijil lg)
sokongan dari suami amat diperlukan

belajar ini bukan setakat dari tadika- universiti tapi setiap hari kita akan belajar benda baru, sebab itulah aku bosan mengadap benda yang sama especially di pejabat.

sekarang alhamdulillah walaupun menjahit secara kecil-kecillan sahaja tapi aku bangga dapat memenuhi hasrat orang lain untuk kelihatan cantik

ini diantara contoh baju semasa di kolej Komuniti Pasir Gudang


with raidah and nad





May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...