Sunday, July 10, 2016

TTC- trying to conceive / Kesuburan / endometriosis part 1

Ini perkongsian yang bermanfaat kepada semua pasangan suami isteri yang berkahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata dan wanita yang mengalami senggugut (period pain);

Kami diijab kabulkan pada 19 Nov 2011



selepas sebulan: dua bulan: tiga bulan:usia perkahwinan, aku sudah mula mendapatkan nasihat dari doktor di klinik swasta. Disebabkan aku menghadapi Period Pain tegar setiap bulan, maka isu berkaitan anak amat membimbangkan. Satu pesanan doktor untuk aku dan semua pasangan suami isteri yang lain:

'jika usia perkahwinan anda sudah menjangkau 6 bulan or setahun dan usia anda dan pasangan sudah melebihi 28thn above, tetapi masih belum berhasil or gagal mendapatkan cahaya, Saya menasihati anda-anda sekalian pergilah buat ujian kesuburan suami dan juga isteri" 

Bayangkan setiap bulan aku beli pregnancy test dan setiap kali itu aku hampa.dan .hampa..
hampir setahun jugalah kami tebalkan muka pergi Guardian or Watson untuk mendapatkan Pregnancy test dari harga Paling Mahal hingga paling murah RM5.oo .Sedih?? ke??? itu cerita lama.


Enam bulan sebelum bernikah , aku sudah mula merasakan kenaikan berat badan 8kg secara mendadak, baju nikah and baju kahwin and gambar-gambar perkahwinan menunjukkan yang aku gemuk especially perut yang membuncit. setelah hampir setahun berkahwin : aku mengalami beberapa simpton yang membuatkan aku keliru:


Then early 2012, Di klinik adham di Pulai Perdana doktor melakukan scan dan dia mendapati bahawa rahim aku 'bengkak", Dr menasihati aku untuk melakukan rawatan susulan di General Hospital..

Maka bermulalah perjalanan aku sebagai pelanggan setia Hospital Sultan Ismail dari 2012 sehingga kini 2016. Masa mula-mula pergi klinik pesakit luar pegawai kesihatan suspect aku mengalami air kencing kotor, bila aku tunjukkan gambar scan dr previous Dr. Dia kata xtau sbb itu diluar bidang kuasa dia.. what??? ok sabar..sabar ..

next temujanji aku minta doktor buat ujian kesuburan, reason sebab aku dh setahun berkahwin tapi masih belum ada anak.. 

result ujian kesuburan menunjukkan hormon estrogen aku berlebihan so, pegawai kesihatan refer kes aku ke Gynae.. yes!! akhirnya dapat jumpa gynae.. setelah 2,3 bulan ulang alik ke klinik pesakit luar.

bersambung......











No comments:

Post a Comment

May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...