Tuesday, June 28, 2016

umrah 28 april 2016

puncak gua hiraq

kaabah

masjid quba

madinah masjid nabawi

klia2

hotel al ansar madinah




Jabbal Rahmah

al- zahabi travel


bertuahnya kami, 10 hari sebelum berangkat ke umrah ibu and bapa mertua menyampaikan berita untuk menggantikan mereka menunaikan umrah.

Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

bermula lah aktiviti menGoogle segala bentuk persediaan dari segi barangan dan juga ilmu
sekali lagi 
  Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

semuanya berjalan dengan lancar termasuk document untuk serahan

Arwah mak and ayah dah pernah buat haji, lagipun masa zaman sekolah pun dah belajar ilmu haji dan umrah kan, rancangan tv pun banyak berkisarkan tentang haji.

Madinah

masa mula2 sampai Madinah perasaannya tidak dapat diungkap ,kami sampai awal pagi dalam pukul 3am waktu madinah. biliknya luas dan bersih Hotel al Ansar . Kami menginap lebih kurang 3 hari
sepatutnya hari sampai madinah adalah waktu "period", ubat untuk menahan "period" dah makan semalam tp kenapa ada spotting? Ya Allah aku menangis tanpa henti sambil berdoa pada Allah, sebab pagi dalam pukul 9 kami akan memasuki Raudhah.
Alhamdulillah (الحمد لله) 
segala puji bagi Allah

waktu subuh dah xde spotting and aku yakin, yang aku bersih dari darah. Di sana doa lah apa sahaja pasti Allah akan memakbulkanny. Amin.

Sepanjang kami di Madinah banyak masa dihabiskan untuk solat di Masjid Nabawi setiap 5 waktu, perjalanan dari Hotel ke Masjid mengambil masa 10 minit sahaja.. pintu yang aku suka masuk adalah pintu 25 walaupun jauh tapi itu je pintu yang aku tau..hihi (maklumlah seorang diri)

selepas waktu subuh masa yang ada untuk ke zohor sangat panjang jadi aktiviti berjalan2 di sekitar hotel sangat mengujakan, banyak kedai yang menjual jubah dan aksesori tapi yang menjadi keutamaan kami adalah MAKANAN.. memang teramat la sedap.


MEKAH

di Mekah hotel yang kami menginap amatlah jauh dari Masjidil Haram, kalau jalan pecut /laju take 15minit
kami tak dapat tahan dengan jalan yang berbukit tu, kalau naik cab seorang 5riyal. Tetapi alhamdullilah kami sentiasa menunaikan solat subuh di masjidilharam, waktu solat yang lain bergantung kepada keadaan dan kesihatan.

moments yang paling indah tidak dapat dilupakan oleh semua orang yang ke tanah suci adalah "khusyuk"
di Tanah Haram hanya kita dan Allah, kita hanya akan tawakal pada Allah.. beribadat melakukan Tawaf, Saie, Tahalul.. subhanallah tidak terasa penatnya walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak.


Syukur kerana aku di pilih untuk menjadi Tetamu Allah, insyaAllah kalau ada umur panjang and murah rezeki kami akan ke sana lagi

Ruby Dan Fesyen Berpisah Tiada



Aku berpegang pada satu prinsip 
"hidup ini sekali je , mestilah kita ingin membuat satu pekerjaan yang kita suka. Bosan lah mengadap benda yang sama"

siapa sangka ruby boleh menjahit baju sendiri pada ketika usia 31 tahun?
kita ini kena berani mencuba, rajin, komited ,usaha yang tidak pernah jemu..insyaallah hasilnya alhamdulillah .

pengorbanan dari segi wang ringgit (habis duit simpanan) masa, cemuhan dan sindiran( ada dip and deg tapi nak buat sijil lg)
sokongan dari suami amat diperlukan

belajar ini bukan setakat dari tadika- universiti tapi setiap hari kita akan belajar benda baru, sebab itulah aku bosan mengadap benda yang sama especially di pejabat.

sekarang alhamdulillah walaupun menjahit secara kecil-kecillan sahaja tapi aku bangga dapat memenuhi hasrat orang lain untuk kelihatan cantik

ini diantara contoh baju semasa di kolej Komuniti Pasir Gudang


with raidah and nad





May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...