Saturday, October 27, 2012

Qurban

Hari khamis before raya aku amek cuti semata2 nk menyediakan juadah hari raya Qurban, alhamdulilah wpun percubaan pertama hasilnya boleh tahan la jugak ( komen org ramai) next time boleh cuba lg untuk mengasah bakat yg satu ni. Makanan tradisi ini harusla ada pewarisnya kan.

Semalam aktiviti seharian di penuhi dgn pelbagai agenda, di mulakan dengan solat sunat aidil adha kemudian berkunjung ke rumah pakteh untuk melihat persiapan majlis tunang Din. Selepas itu aku pergi menyaksikan aktiviti kurban or penyembelihan lembu, alhamdulillah tahun ni buat pertama kalinya aku berkesempatan untuk melakukan korban sebhagian shj bersamaan RM400.

Seperti tahun- tahun sebelumnya memang aktiviti melihat lembu di korbankan menjadi rutin ketika hari raya Qurban. Berkorban itu di perlukan dan dituntut dlm agama Islam, setakat ini pengorbanan yang aku lakukan adalah berhenti kerja di RHB Islamic KL dan berpindah  di JB untuk berbakti pada suami ku. Pengorbanan yang aku lakukan hampir setiap hari ialah menydiakan makanan untuk suamiku. Aku rela dan ikhlas melakukan segala- galanya asalkan suamiku bahagia bersamaku. Semoga Allah melimpahi rahmat pada kami suami isteri.

Yang sempurna hanya Allah sahaja, makanya suamiku harisla menerima kelemahanku jugak. Membebel, moody, temper, baran dan tidak sabar sudah sebati denganku. Aku cuba untuk bersabar dan menjadi isteri yang baik tp bagiku apabila segalanya dapat diluahkan baru aku akan rasa puas hati.



May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...