Saturday, October 27, 2012

Qurban

Hari khamis before raya aku amek cuti semata2 nk menyediakan juadah hari raya Qurban, alhamdulilah wpun percubaan pertama hasilnya boleh tahan la jugak ( komen org ramai) next time boleh cuba lg untuk mengasah bakat yg satu ni. Makanan tradisi ini harusla ada pewarisnya kan.

Semalam aktiviti seharian di penuhi dgn pelbagai agenda, di mulakan dengan solat sunat aidil adha kemudian berkunjung ke rumah pakteh untuk melihat persiapan majlis tunang Din. Selepas itu aku pergi menyaksikan aktiviti kurban or penyembelihan lembu, alhamdulillah tahun ni buat pertama kalinya aku berkesempatan untuk melakukan korban sebhagian shj bersamaan RM400.

Seperti tahun- tahun sebelumnya memang aktiviti melihat lembu di korbankan menjadi rutin ketika hari raya Qurban. Berkorban itu di perlukan dan dituntut dlm agama Islam, setakat ini pengorbanan yang aku lakukan adalah berhenti kerja di RHB Islamic KL dan berpindah  di JB untuk berbakti pada suami ku. Pengorbanan yang aku lakukan hampir setiap hari ialah menydiakan makanan untuk suamiku. Aku rela dan ikhlas melakukan segala- galanya asalkan suamiku bahagia bersamaku. Semoga Allah melimpahi rahmat pada kami suami isteri.

Yang sempurna hanya Allah sahaja, makanya suamiku harisla menerima kelemahanku jugak. Membebel, moody, temper, baran dan tidak sabar sudah sebati denganku. Aku cuba untuk bersabar dan menjadi isteri yang baik tp bagiku apabila segalanya dapat diluahkan baru aku akan rasa puas hati.



Tuesday, October 23, 2012

RenDaNG KeraNG- SeLamAT Menyambut Hari Raya AILdilAdha

19/10/2012 bersamaan 10 Zulhijah merupakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambutnya tanpa eMak, tetapi ini adalah tahun pertama aku menyambutnya bersama suami ku dan juga keluarga mentua (mungkin lewat petang kot aku baru singgah umah mereka hihi)

Saat paling tidak dapat di lupakan ialah sambutan Hari Raya haji pada tahun 2001, ketika itu kedua ibu bapaku pergi menunaikan haji. Tinggalah aku seorang diri di rumah ,sepatutnya abang dan kakak iparku yang tinggal di batu pahat beraya dengan aku tetapi di saat- saat akhir berlaku kematian di rumah jirannya. sedih? janganla di tanya, dah la mak dan ayah xde, abg pulak boleh buat mcm itu. Makanya tiadalah sambutan aidiladha buatku pada tahun tersebut.

Tiba- tiba je Raya Haji tahun ini berkobar-kobar plak semangat untuk aku mencuba masak rendang kerang. Pelik la jugakkan, mungkin ini di sebabkan oleh confident level ku yang tinggi kot setelah bakat memasak ku ini di asah setiap hari dengan memasak menu- menu permintaan suami.
Persediaan awal telah di lakukan dengan membeli kerang 2 hari sebelum perayaan( berdasarkan pengalaman tahun lepas di mana tiada satu pasar pun yang menjual kerang). Semalam lebih kurang setengah jam jugak la masa yang di ambil untuk aku mengopek kulit kerang seorang diri, sebab suami ku Adha kerja shift malam.

Setelah m'google akhirnya aku telah memilih resepi Rendang Kerang yang menarik ini, di sebabkan bahan- bahan yang di gunakan dan cara masakany tidak ubah seperti arwah emak ku. Itu la akibatnya masa mak masih ada tidak mahu belajar memasak, bila dah tiada terhegeh- hegeh mencari resepi.

 

 

 

Bahan -Bahan Rendang Kerang:

  1. Kerang Rebus 3 kilo

  2. Bwg besar 1 biji & bwg putih 5 biji

  3. 2 incin Lengkuas, Halia & Kunyit Hidup

  4. 1 Batang Serai

  5. 10 cili padi & 10 cili kering

  6. 1 sudu rempah kari

  7. 1 keping asam keping

  8. 11/2 santan

  9. Gula & garam

  10. Daun Kunyit & kerisik

 




Tempat-Tempat Menarik Sepanjang Tahun 2012

Awal tahun 2012 di mulakan dengan percutian pertama kami di Negeri Di Bawah Bayu - Sabah.
Seronoknya, hingga kini masih lagi  terbayang- bayang suasana  aman damai , kebersihan pulau- pulau dan juga kedinginan cuaca di kaki gunung Kinabalu.
 Ini adalah pengalaman untuk kali yang kedua aku menjejakkan kaki di sabah dan pengalaman kali pertama buat suami ku.

Aku ni mempunyai hobi iaitu dalam sebulan ,mesti 2 or 3 kali untuk melayari laman web Air Asia, so hasilnya aku selalu dapat harga yang berpatutan or kadang-kadang boleh di katakan murah : tiket penerbangan termasuk hotel.
Yang penting fulusnya mesti sentiasa ada untuk setiap transaksi
Jom layan gambar- gambar yang menarik


di kaki gunung sahaja, insyaAllah satu hari nanti sampai ke puncaknya





Ini tak ingat plak pulau ape,tapi kami pergi Manukan, mamutik dan Sapi



Anak menjadi pelengkap dalam rumah tangga


Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata yang sempurna sifat dan akhlaknya dalam rumah tangga mereka.
Tetapi segala yang berlaku telah di tetapkan oleh Nya. berusaha, bersabar dan bertawakal adalah tanda kejayaan seseorang itu dalam menghadapi dugaan Ilahi.


Kami suami isteri pun tidak terlepas dalam menghadapi dugaan ini. Walapun hingga kini masih belum ada tanda- tanda untuk mendapatkan anak, tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana hubungan kami suami isteri sangat akrab dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti. Tapi kami tetap berharap dan berdoa semoga kami dapat melalui saat-saat manis menyambut kedatangan ahli baru. jom layan gambar- gambar anak Jimmy, comel sungguh




Friday, October 19, 2012

Salam pengenalan

Ini adalah percubaan pertama ku..kedengaranya agak pelik ketika zaman serba canggih ini. Oleh kerana aku tidak mempunyai sesiapa maka aku memilih untuk berkongsi cerita dan kisah ku di sini. 

Nama panggilan ruby , ketika ini usia ku sudah berada di pengakhiran 20 an.

Kenapa seharum Mawar? sebab aku suka bunga rose. dulu masa zaman persekolahan aku selalu petik bunga rose yang mak ayah ku tanam. then aku akan ceraikan satu persatu . konon-kononnya macam putus cinta la. hahaha.

Tapi seriously aku memang tidak pernah bercinta sehingga mencecah usia 20. oleh kerana kemaruk sangat membaca novel cinta dari form 1 aku selalu la terbuai- buai perasaanya.

ini kartoon kegemaran ku

May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...