Tuesday, October 23, 2012

RenDaNG KeraNG- SeLamAT Menyambut Hari Raya AILdilAdha

19/10/2012 bersamaan 10 Zulhijah merupakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambutnya tanpa eMak, tetapi ini adalah tahun pertama aku menyambutnya bersama suami ku dan juga keluarga mentua (mungkin lewat petang kot aku baru singgah umah mereka hihi)

Saat paling tidak dapat di lupakan ialah sambutan Hari Raya haji pada tahun 2001, ketika itu kedua ibu bapaku pergi menunaikan haji. Tinggalah aku seorang diri di rumah ,sepatutnya abang dan kakak iparku yang tinggal di batu pahat beraya dengan aku tetapi di saat- saat akhir berlaku kematian di rumah jirannya. sedih? janganla di tanya, dah la mak dan ayah xde, abg pulak boleh buat mcm itu. Makanya tiadalah sambutan aidiladha buatku pada tahun tersebut.

Tiba- tiba je Raya Haji tahun ini berkobar-kobar plak semangat untuk aku mencuba masak rendang kerang. Pelik la jugakkan, mungkin ini di sebabkan oleh confident level ku yang tinggi kot setelah bakat memasak ku ini di asah setiap hari dengan memasak menu- menu permintaan suami.
Persediaan awal telah di lakukan dengan membeli kerang 2 hari sebelum perayaan( berdasarkan pengalaman tahun lepas di mana tiada satu pasar pun yang menjual kerang). Semalam lebih kurang setengah jam jugak la masa yang di ambil untuk aku mengopek kulit kerang seorang diri, sebab suami ku Adha kerja shift malam.

Setelah m'google akhirnya aku telah memilih resepi Rendang Kerang yang menarik ini, di sebabkan bahan- bahan yang di gunakan dan cara masakany tidak ubah seperti arwah emak ku. Itu la akibatnya masa mak masih ada tidak mahu belajar memasak, bila dah tiada terhegeh- hegeh mencari resepi.

 

 

 

Bahan -Bahan Rendang Kerang:

  1. Kerang Rebus 3 kilo

  2. Bwg besar 1 biji & bwg putih 5 biji

  3. 2 incin Lengkuas, Halia & Kunyit Hidup

  4. 1 Batang Serai

  5. 10 cili padi & 10 cili kering

  6. 1 sudu rempah kari

  7. 1 keping asam keping

  8. 11/2 santan

  9. Gula & garam

  10. Daun Kunyit & kerisik

 




No comments:

Post a Comment

May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...