Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata yang sempurna sifat dan akhlaknya dalam rumah tangga mereka.
Tetapi segala yang berlaku telah di tetapkan oleh Nya. berusaha, bersabar dan bertawakal adalah tanda kejayaan seseorang itu dalam menghadapi dugaan Ilahi.
Kami suami isteri pun tidak terlepas dalam menghadapi dugaan ini. Walapun hingga kini masih belum ada tanda- tanda untuk mendapatkan anak, tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana hubungan kami suami isteri sangat akrab dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti. Tapi kami tetap berharap dan berdoa semoga kami dapat melalui saat-saat manis menyambut kedatangan ahli baru. jom layan gambar- gambar anak Jimmy, comel sungguh
No comments:
Post a Comment