puncak gua hiraq |
kaabah |
masjid quba |
madinah masjid nabawi |
klia2 |
hotel al ansar madinah |
Jabbal Rahmah |
al- zahabi travel |
Alhamdulillah (الحمد لله)
segala puji bagi Allah
sekali lagi
Alhamdulillah (الحمد لله)
segala puji bagi Allah
semuanya berjalan dengan lancar termasuk document untuk serahan
Arwah mak and ayah dah pernah buat haji, lagipun masa zaman sekolah pun dah belajar ilmu haji dan umrah kan, rancangan tv pun banyak berkisarkan tentang haji.
Madinah
masa mula2 sampai Madinah perasaannya tidak dapat diungkap ,kami sampai awal pagi dalam pukul 3am waktu madinah. biliknya luas dan bersih Hotel al Ansar . Kami menginap lebih kurang 3 hari
sepatutnya hari sampai madinah adalah waktu "period", ubat untuk menahan "period" dah makan semalam tp kenapa ada spotting? Ya Allah aku menangis tanpa henti sambil berdoa pada Allah, sebab pagi dalam pukul 9 kami akan memasuki Raudhah.
Alhamdulillah (الحمد لله)
segala puji bagi Allah
waktu subuh dah xde spotting and aku yakin, yang aku bersih dari darah. Di sana doa lah apa sahaja pasti Allah akan memakbulkanny. Amin.
Sepanjang kami di Madinah banyak masa dihabiskan untuk solat di Masjid Nabawi setiap 5 waktu, perjalanan dari Hotel ke Masjid mengambil masa 10 minit sahaja.. pintu yang aku suka masuk adalah pintu 25 walaupun jauh tapi itu je pintu yang aku tau..hihi (maklumlah seorang diri)
selepas waktu subuh masa yang ada untuk ke zohor sangat panjang jadi aktiviti berjalan2 di sekitar hotel sangat mengujakan, banyak kedai yang menjual jubah dan aksesori tapi yang menjadi keutamaan kami adalah MAKANAN.. memang teramat la sedap.
MEKAH
di Mekah hotel yang kami menginap amatlah jauh dari Masjidil Haram, kalau jalan pecut /laju take 15minit
kami tak dapat tahan dengan jalan yang berbukit tu, kalau naik cab seorang 5riyal. Tetapi alhamdullilah kami sentiasa menunaikan solat subuh di masjidilharam, waktu solat yang lain bergantung kepada keadaan dan kesihatan.
moments yang paling indah tidak dapat dilupakan oleh semua orang yang ke tanah suci adalah "khusyuk"
di Tanah Haram hanya kita dan Allah, kita hanya akan tawakal pada Allah.. beribadat melakukan Tawaf, Saie, Tahalul.. subhanallah tidak terasa penatnya walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak.
Syukur kerana aku di pilih untuk menjadi Tetamu Allah, insyaAllah kalau ada umur panjang and murah rezeki kami akan ke sana lagi