Hari Ke dua 6/9/2013 sebelum check out kami mengambil kesempatan untuk mengabdikan kenangan dengan sesi bergambar di kawasan sekitar KPR
|
kawasan di KPR ni berbukit |
|
wifi laju |
|
sebelum checkout. badan dh sama besar
|
Lebih kurang dalam pukul 10am kami memulakan aktiviti pertama dengan mengunjungi Kg Luanti Tagal Fish, perjalananny mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di tambah pula dengan kondisi kereta sewa kami yang agak tidak memberangsangkan; sistem break & masalah tayar yang agak teruk.
1st impression masa kami sampai sini agak terkejut jugakla, tak nampak pun Tagal Fish ni macam kawasan reakreasi dengan suasana yang sunyi (mungkin kerana bukan musim cuti) agak sedikit tidak terurus dan jugak kotor. aku harap pihak Kerajaan Sabah seharusnya memberikan sedikit peruntukan untuk kerja2 menaiktaraf di kawasan ini.
|
berebut2 ikan bila hubby masuk hehe |
|
mula2 memang geli +takut, tapi lama2 aku dh berani sikit je lah |
|
wah hubby dah berani pegang ikan |
|
di kawasan Tagal Fish ini pun terdapat Canopy Walk
|
Setelah lebih kurang 1 jam kami menghabiskan masa bersama ikan2 yg jinak ini kami meneruskan pula aktiviti seterusnya dengan mengunjungi Poring Hot Spring. Tujuannya hanyalah sekadar untuk menaiki canopy walk sahaja ye. untuk merealisasikan impian ini kami perlu mendaki bukit lebih kurang 30minit bersamaan 1000m.
|
trek untuk mendaki bukit |
|
seriously kalau hubby belakang menangis aku sbb dia punya hanyunan bergegar sgt.haha |
|
dekat sini ada 3 check point or jambatan yg perlu kita lalui
|
Yeah! akhirnya selamat sudah pendakian dan perjalanan melalui canopy walk. Sekarang tiba la masa untuk check in di Kundasang inn sambil berehat & menunaikan solat.
|
ini gambar di kawasan Kundasang Inn.
|
Bercerita tentang Kundasang Inn ini harganya hanyala RM80 semalam,keadaan bilik bersih dan selesa cume tiada kemudahan untuk mendapatkan makanan di kawasan berhampiran kecuali anda perlu ke Pekan Kundasang.
Aktiviti seterusnya untuk hari ini ialah melawat Kundasang War Memorial. Masa kami datang bunga2 di sini tidak la semekar mana mungkin di sebabkan faktor cuaca, keadaan di sini agak sunyi mungkin kerana waktu kami sampai lebih kurang dalam pukul 430pm