Wednesday, September 25, 2013

Dejavu Kinabalu 2013 -day 1



Wah syoknya! Alhamdulillah xsangka akhirnya kami datang lagi ke Sabah negeri Di bawah Bayu yang amat ku cintai..ehem2 ayat xboleh blah.. Percutian ini di rancang oleh aku sejak awal jan 2013, mana taknya dpt tiket RM45 sehala dr JB- KK, hubby mcm biasa la hanya mampu bersetuju je Thanks Sayang..

Untuk malam 5/9/2013 kami memilih untuk tinggal di Kinabalu Pine resort, harga 1 malam RM218 termasuk breakfast & dinner
     
katil yang selesa di tambah dengan keluasan yg memadai.
pemandangan yg cantik dr balkoni, sesungguhnya aku amat merindui suasana ini.
walaupun bilik kami berkembar tapi tidaklah berkongsi balkoni
menu makan mlm, kami terpaksa mkn di balkoni bilik kami kerana terlalu ramai pelanggan di restoran. pd mlm tersebut
Aktiviti kami di mulai dengan kunjungan ke Desa Dairy Farm yg terletak di Mersilau, cantik jugak ye pemandangan di sini.

kami tiba lebih kurang pukul 3pm ketika ini lembu2 sdg beratur untuk proses pemerahan susu

susu segar yang terdapat di sini

kambing ni comel & bersih ,kalau kita pegang kamera ini la aksinya

waktu petang langit di penuhi kabus

mengambil kesempatan bergambar di hadapan desa dairy farm.



Inilah saat2 yang paling indah sekali dapat melihat keindahan gunung Kinabalu pd waktu pagi, aku siap request dgn pengurusan pihak KPR untuk mendapatkan bilik yg berhadapan gunung Kinabalu. Alhamdulillah segalany berjalan dengan lancar di tambah pula dengan cuaca yg cerah.

wah sukanya dia, hadiah hari lahirmu sayang


waktu ini dalam pukul 7am, langit pun dah cerah



membelakangkan matahari so kesannya mmg gelap

                          



               
         




No comments:

Post a Comment

May 2017 Bercuti Di Kota Kinabalu & Kundasang Again!!

04th May 2017 Day 1 Thursday Flight Depart   Arrive AK 5302 Low Fare JHB Johor Bahru Thu 04 May 2017 07:00AM BKI Kota Kinabalu Th...